Polis Melaka Ingatkan Orang Ramai Tidak Terpengaruh SMS Palsu

Diterbitkan: Jumaat, 3 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Polis Melaka menasihatkan orang ramai agar tidak terpengaruh dengan penyebaran khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mendakwa akan berlaku kekecohan pada hari pengundian Ahad ini.

Ketua Polis Melaka Datuk Chua Ghee Lye berkata SMS yang meminta orang ramai menyimpan bekalan makanan kerana dijangka berlaku huru-hara itu hanya bertujuan menakut-nakutkan pengundi daripada keluar mengundi.

"SMS ini bukan sahaja di Melaka, malah tersebar di seluruh negara...saya percaya ia adalah SMS palsu yang bertujuan menakutkan pengundi untuk keluar mengundi," katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.

Beliau berkata orang ramai khususnya warga emas, juga diminta berhati-hati dengan pihak tertentu yang datang ke rumah dan menawarkan untuk mencalit jari bagi memudahkan proses pengundian hujung minggu ini.

Chua berkata kira-kira 3,000 pegawai dan anggota akan bertugas bagi menjaga keselamatan pada hari pengundian Ahad ini di seluruh negeri itu.

Dalam pada itu, beliau berkata polis menerima 127 laporan polis dalam tempoh 13 hari berkempen dengan 53 kes berkaitan ceramah dan 74 kes lain termasuk kehilangan poster dan bendera.

Selain itu, Chua berkata pihaknya turut mengesan aktiviti paramotor yang berlegar di ruang udara membawa bendera parti politik di sekitar Ayer Keroh dan Bukit Beruang.

Sehubungan itu, beliau meminta pihak terlibat agar mendapatkan kebenaran daripada Jabatan Penerbangan Awam bagi mengelak kejadian tidak diingini. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan