Petugas BN Maut Selepas Dua Hari Koma

Diterbitkan: Jumaat, 3 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KULIM: Seorang petugas Barisan Nasional (BN) yang terlibat dalam kejadian langgar lari dua hari lepas meninggal dunia di Hospital Kulim pada Jumaat.

Mohd Faiz Ismail, 17, yang koma sejak kemalangan meninggal kira-kira 2.30 pagi. Jenazahnya dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Masjid Jamiul Makmur kira-kira 11.30 pagi tadi yang turut dihadiri calon Barisan Nasional bagi kerusi Parlimen Kulim/Bandar Baharu, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir dan calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Kulim, Chua Theong Gee.

Mohd Faiz dan tiga rakannya dilapor dirempuh sebuah kereta di Jalan Mohd Asaad kira-kira 3.45 pagi.

"Sebelum itu kami berempat memasang bendera di sekitar kawasan Kulim dan kami habis kerja kira-kira tengah malam. Selepas selesai makan dan dalam perjalanan pulang, kami lihat beberapa lagi rakan kami sedang membetulkan bendera yang dipasang. "Kami memberhentikan motosikal kami di bahu jalan untuk melihatnya, tetapi tidak sampai lima minit, tiba-tiba sebuah kereta yang datang dari Taman Selasih menuju pekan Kulim merempuh kami hingga menyebabkan Mohd Faiz, saya dan seorang lagi rakan tercampak di atas jalan, manakala rakan yang membawa motosikal yang dibonceng Mohd Faiz terseret beberapa meter," kata salah seorang daripada mereka Ahmad Saberin Mohd Sabri, 21.

Mohd Faiz yang cedera di kepala dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi sementara yang lain menerima rawatan sebagai pesakt luar.

Abdul Aziz berkata BN bahagian Kulim/Bandar Baharu membiayai urusan pengkebumian Mohd Faiz dan menghulurkan sumbangan RM5,000 kepada keluarganya. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan