Calon BN Petra Jaya Nafi Keluarkan Surat Beri Laptop 1Malaysia

Diterbitkan: Jumaat, 3 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen P194 Petra Jaya Datuk Fadillah Yusof menunjukkan laporan polis yang telah dibuat Setiausaha Sulitnya berhubung dakwaan pengedaran surat dari pihaknya untuk mengedarkan laptop 1Malaysia kepada penduduk di Petra Jaya bermula 28 April hingga 4 Mei ini ketika ditemui pemberita ketika berkempen di Matang Jaya, Kuching pada Jumaat.-Foto BERNAMA
Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen P194 Petra Jaya Datuk Fadillah Yusof menunjukkan laporan polis yang telah dibuat Setiausaha Sulitnya berhubung dakwaan pengedaran surat dari pihaknya untuk mengedarkan laptop 1Malaysia kepada penduduk di Petra Jaya bermula 28 April hingga 4 Mei ini ketika ditemui pemberita ketika berkempen di Matang Jaya, Kuching pada Jumaat.-Foto BERNAMA

KUCHING: Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Petra Jaya, Datuk Fadillah Yusof menafikan pernah mengeluarkan surat untuk mengedarkan laptop 1Malaysia kepada penduduk di Petra Jaya bermula 28 April hingga 4 Mei ini.

Beliau percaya tindakan itu dibuat untuk membangkitkan kemarahan dan mencemar imej perkhidmatannya selama ini kepada rakyat di Petra Jaya.

"Ada pihak mengedar surat mengatakan saya akan beri laptop 1Malaysia kepada rakyat di Petra Jaya. Perkara ini tidak benar sebab pejabat saya tidak pernah keluarkan surat tersebut.

"Selain itu kami dapat mengesan kesalahan pada surat itu yang menggunakan kepala surat Pejabat Urusan Parlimen P194 Petra Jaya, sedangkan jika pihak kami mengeluarkan sebarang surat, kami menggunakan sama ada nama saya sendiri atau Pusat Khidmat Parlimen Petra Jaya," katanya kepada pemberita semasa melakukan tinjauan mesra di Matang Jaya, dekat sini, Jumaat.

Beliau berkata akibat perkara itu, pegawai-pegawainya hilang tumpuan untuk membantu kempen kerana terpaksa melayan banyak panggilan bertanya cara untuk memiliki laptop tersebut.

"Satu laporan polis telah dibuat oleh Setiausaha Sulit saya hari ini di Balai Polis Sentral, Kuching berhubung surat yang diedarkan itu," katanya.

Sementara itu, Fadillah yang juga Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata selepas 14 hari berkempen, masyarakat di Petra Jaya memberi respons yang baik terhadap kempen yang beliau adakan.

"Walaupun tidak banyak buat ceramah, saya dekati rakyat, berbincang, dan mendengar permasalahan mereka dan pada masa yang sama terus mengedarkan risalah berkaitan komitmen dan apa bakal kita laksanakan di Petra Jaya. InsyaAllah melihat kepada respons yang diterima daripada pelbagai lapisan masyarakat tidak kira tua, muda, wanita ataupun kanak-kanak saya yakin diterima baik di kawasan ini," katanya.

Kerusi Parlimen Petra Jaya akan menyaksikan pertandingan antara Fadillah menentang calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ahmad Nazib Johari.

Pada PRU-12, Fadillah yang juga Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) mendapat 19,515 undi mengalahkan calon PKR Mohamad Jolhi, yang hanya meraih 5,118 undi. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan