Bungkusan Mengandungi Bahan Letupan Ditemui di Kepong & Seri Kembangan

Diterbitkan: Jumaat, 3 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

 Skuad pemusnah bom sedang melakukan kerja-kerja memusnahkan bungkusan yang dipercayai mengandungi bahan letupan
Skuad pemusnah bom sedang melakukan kerja-kerja memusnahkan bungkusan yang dipercayai mengandungi bahan letupan

KUALA LUMPUR: Dua bungkusan yang ditulis 'bom', dipercayai mengandungi bahan letupan ditemui di dua lokasi di Kepong dan Seri Kembangan pada Jumaat.

Bungkusan pertama ditemui di bilik gerakan DAP di Jinjang Utara.

Bungkusan yang mempunyai saiz sebesar bateri kereta, ditemui oleh pekerja parti pada pukul 7.30 pagi di bilik gerakan berkenaan tang terletak di Jalan Jinjang Utama, Kepong.

Pekerja berkenaan berasa sangsi dengan penemuaan berkenaan segera menghubungi pihak polis.

Skuad bom dihantar ke tempat kejadian di mana robot pemusnah bom digunakan untuk membuka bungkusan tersebut dengan berhati-hati.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakarian Pagan berkata bungkusan yang tersebut merupakan tin biskut dan dipercayai mengandungi bahan letupan di dalamnya.

"Skuad bom memusnahkan bungkusan yang mengandungi bom berkenaan sebanyak tiga kali, antara pukul 10.45 pagi hingga 11.45 pagi, dan kini ia telah pun musnah," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

"Skuad bom akan menganalisis jenis bahan letupan yang digunakan.

"Buat masa ini, kita sedang merekod kenyataan daripada saksi di tempat kejadian dan kita sedang mengesan dari mana bungkusan itu datang," katanya.

Sementara itu, pada pukul 11.45 pagi di Seri Kembangan, bungkusan kedua, yang ditanda dengan tulisan 'bom' ditemui di gerai menjual daging itik.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Abdul Razak Elias berkata bungkusan berkenaan ditemui oleh pemilik gerai yang berusia 40 tahun, ketika beliau mahu membuka kedainya.

"Dia mengambil bungkusan tersebut dan meletakkannya kira-kira lima meter daripada gerainya dan menghubungi pihak polis," katanya ketika dihubungi.

Bungkusan tersebut turut dimusnahkan oleh skuad bom dan polis percaya bungkusan tersebut turut mengandungi bahan letupan.

Polis masih menyiasat kemungkinan individu yang sama terlibat dengan kedua-dua insiden berkenaan.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan