Polis Tahan Lelaki Dipercayai Penulis Blog 'Milo Suam'

Diterbitkan: Khamis, 2 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang aktivis media sosial awal pagi Khamis di perkarangan sebuah pasar raya di Meru, Klang berhubung dua laporan polis yang dikaitkan dengan sebuah blog yang dipercayai miliknya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata hasil siasatan awal menunjukkan suspek berumur 29 tahun itu dipercayai pemilik blog 'Milo Suam'.

Beliau berkata seorang pegawai polis membuat laporan berhubung blog itu yang memaparkan satu perutusan polis berhubung kes pencerobohan Lahad Datu, Sabah iaitu 'Ops Daulat' yang diklasifikasikan sebagai dokumen rahsia bertarikh 6 Mac. "Seorang lagi pegawai polis membuat laporan berkenaan satu artikel di laman web tersebut yang mendakwa anggota polis mengundi awal, sedangkan apa yang berlaku adalah undi pos," katanya pada sidang akhbar di Kompleks Perdana, Bukit Perdana di sini Khamis.

Beliau berkata dokumen rahsia itu berkaitan maklumat yang diedarkan kepada ketua-ketua polis daerah di Sabah untuk mengambil tindakan berjaga-jaga mengenai kegiatan pengganas.

Syed Ismail berkata suspek ditahan reman dua hari bermula hari ini dan antara barangan miliknya yang dirampas adalah sebuah komputer riba, jalur lebar tanpa wayar dan cakera keras luaran. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan