Polis Siasat Risalah Mengandungi Gambar Mengaibkan Pemimpin

Diterbitkan: Khamis, 2 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Polis Kelantan sedang menyiasat kes penemuan risalah mengandungi gambar pemimpin yang mengaibkan di markas sebuah parti politik di Dabong, Kuala Krai pada Rabu.

Jurucakap Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan Supt. Che Mahazan Che Aik berkata seorang lelaki berumur 51 tahun membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Krai pukul 1 petang semalam, mengenai penemuan beberapa keping risalah yang mengandungi gambar pemimpin yang mengaibkan itu.

"Lelaki itu mendakwa risalah mengandungi gambar pemimpin itu dijumpai oleh anak lelakinya di markas tersebut sebelum diserahkan kepada beliau di rumahnya di Dabong," katanya kepada pemberita di pejabat IPK di sini Khamis.

Beliau berkata pengadu membuat laporan polis kerana bimbang risalah tersebut akan menimbulkan kekacauan menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Ahad ini.

Beliau berkata kertas siasatan telah dibuka dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan