Petugas BN Parah Diserang Di Khemah Pilihan Raya Kulim

Diterbitkan: Khamis, 2 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KULIM: Seorang petugas pilihan raya Barisan Nasional (BN) cedera parah di muka setelah diserang empat lelaki bersenjatakan parang ketika bertugas menjaga sebuah khemah yang didirikan sempena pilihan raya umum ke-13 di Taman Halia, Lunas dekat sini awal pagi Khamis.

Ketua Polis Daerah Kulim Supt Ghuzlan Salleh berkata dalam kejadian kira-kira 3 pagi itu, empat lelaki bertopi keledar dikatakan menghampiri dua petugas yang sedang berada di sebuah khemah bersebelahan sebuah pentas pertunjukan yang akan diadakan malam ini.

Katanya dua petugas itu diamanahkan menjaga barang-barang dan pentas itu supaya tidak berlaku perkara tidak dingini memandangkan terdapat barang-barang berharga di pentas serta khemah.

"Empat lelaki berkenaan dikatakan tiba di lokasi dengan menunggang dua motosikal lalu serta-merta menyerang mangsa," katanya kepada Bernama ketika dihubungi pada Khamis.

Ghuzlan berkata mangsa yang cedera parah di muka dikenali sebagai C. Padiapan, 50, seorang pekerja kilang, yang pada mula dibawa ke Hospital Kulim untuk rawatan tetapi kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk rawatan susulan.

Katanya seorang lagi petugas S. Selvam, 40, sempat menjerit meminta tolong menyebabkan keempat-empat suspek cabut lari meninggal mangsa yang cedera.

Polis sedang mengesan kempat-empat suspek untuk membantu siasatan kerana motif serangan itu dipercayai adalah peribadi.

Sementara itu, Ketua Pusat Daerah Mengundi Paya Besar V. Subramaniam yang juga Pengerusi MIC Cawangan Taman Kucai kesal dengan serangan tersebut kerana beliau yakin serangan itu bermotifkan politik. "Padiapan adalah seorang ahli jawatankuasa cawangan manakala Selvam juga seorang ahli jawatankuasa cawangan dan Pengerusi Bilik Gerakan di sini. Mereka tidak mempunyai musuh," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan