Dua Penunggang Motosikal Maut Dalam Nahas Berasingan di Pahang

Diterbitkan: Khamis, 2 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Seorang mekanik terbunuh selepas motosikal yang ditungganginya dilanggar sebuah kereta semasa dari keluar simpang di Jalan Tanah Putih di hadapan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (C) Chung Ching di sini.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Pahang Supt Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata dalam kejadian pukul 2.50 petang semalam, Ong Teik Guan, 31, yang parah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan sebelum disahkan meninggal dunia pada 7.11 malam tadi ketika menerima rawatan.

"Dipercayai, mangsa yang menunggang motosikal Yamaha Lagenda dari arah Kemunting telah keluar simpang kiri dan masuk ke laluan kereta terbabit. "Kereta jenis Nissan Slyphy yang datang dari arah Kuantan menghala ke Gambang dipercayai cuba membrek namun gagal sebelum merempuh mangsa," katanya kepada Bernama di sini, Khamis.

Beliau berkata dalam kejadian itu, pemandu kereta tidak mengalami kecederaan tetapi kereta dipandunya rosak teruk di bahagaian hadapan.

Sementara itu, katanya, seorang lagi penunggang turut maut selepas terbabas ketika melalui satu selekoh tajam di Jalan Besar Jengka 23, Bandar Pusat Jengka, Maran, semalam.

"Dalam kejadian jam 6.30 petang itu, mangsa, Mohd Khairul Nizam Mat Raif, 25, dari Jengka 23 cedera parah dan disahkan meninggal dunia semasa dalam perjalanan menerima rawatan ke Poliklinik Jengka 22," katanya.

Beliau berkata semasa kejadian mangsa dipercayai dalam perjalanan pulang dari Jengka 22 ke rumahnya.

Mohamed Fauzi berkata mangsa dipercayai gagal mengawal motosikalnya ketika melalui selekoh tajam itu yang menyebabkan kenderaannnya terbabas ke kanan dan melanggar penghadang jalan.

"Akibatnya, mangsa telah melambung sebelum jatuh ke kaki lima sebelah kiri jalan yang menyebabkan kecederaan teruk," katanya.

Beliau berkata kedua-dua kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan