Pengarah Penjara Sarawak Nafi Ada Rampasan Injil Di Penjara Sibu

Diterbitkan: Rabu, 1 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Pengarah Penjara Sarawak Abdul Kadir Rais pada Rabu menafikan laporan portal berita Free Malaysia Today (FMT) bahawa berlaku rampasan kitab injil di Penjara Sibu baru-baru ini.

Katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini, pihak penjara tidak pernah melarang banduan mengamalkan agama masing-masing. "Pihak penjara menuntut FMT menarik balik laporan itu dengan segera bagi mengelak kekeliruan dan keresahan dalam kalangan penganut agama Kristian di negara ini," katanya.

Menurutnya, jabatan penjara juga akan menyiasat secara mendalam laporan berunsur pembohongan itu. -BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan