Lelaki Nyaris Maut Ditembak

Diterbitkan: Rabu, 1 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Seorang lelaki nyaris maut apabila dua lelaki menaiki motosikal secara tiba-tiba melepaskan satu das tembakan ke arahnya yang ketika itu berada dalam kawasan pagar rumahnya di Simpang dekat Taiping malam Selasa.

Ketua Polis Daerah Taiping, ACP Yusof Mohd Diah berkata nasib baik tembakan itu tidak terkena lelaki 26 tahun itu.

Katanya kejadian berlaku kira-kira pukul 9.30 malam apabila dua lelaki tidak dikenali lingkungan umur 20-an dan 30-an yang menaiki motosikal tiba-tiba menghampiri lelaki itu dan memanggilnya.

"Mangsa membenarkan mereka masuk dalam kawasan pagar rumah. Dengan tiba-tiba seorang daripada mereka mengeluarkan sepucuk pistol dan melepaskan satu das tembakan ke arahnya tetapi tidak mengenai mangsa. Kedua-duanya kemudian melarikan diri," katanya.

Beliau berkata polis tidak menolak kemungkinan kes itu mempunyai kaitan dengan kegiatan kongsi gelap dan polis giat memburu suspek. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan