Lelaki Maut Langgar Tiang Elektrik

Diterbitkan: Rabu, 1 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Seorang lelaki maut selepas kereta yang dipandunya terbabas dan merempuh tiang elektrik di Km 18 Jalan Kuantan-Sungai Lembing, di sini, awal pagi Rabu.

Menurut Pegawai Penguatkuasa Tadbir/Trafik Pahang ASP Zainalabidin Othman, dalam kejadian 3.30 pagi itu, Yee Teng Loke, 54, dalam perjalanan dari arah Kuantan menuju ke Sungai Lembing.

"Tiba di tempat kejadian, mangsa yang memandu kereta Perodua Kancil telah terbabas ke kanan jalan sebelum merempuh sebatang tiang elektrik," katanya di sini pada Rabu.

Katanya akibat kejadian, Yee mengalami kecederaan parah pada badan dan kepala, dan meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan ketika menerima rawatan pada 5.30 pagi Rabu. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan