Lelaki Cedera Ditembak Berhampiran Pasar Borong Selayang

Diterbitkan: Rabu, 1 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki cedera ditembak berhampiran Pasar Borong Selayang malam Selasa.

Mangsa yang cedera di bibir dan pipi kiri kini dilaporkan dalam keadaan stabil di Hospital Selayang.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Abdul Rahim Abdullah berkata kejadian berlaku pada pukul 10.30 malam ketika mangsa yang berumur 21 tahun bersama dua rakannya sedang berada di dalam sebuah kereta selepas selesai makan malam di sebuah restoran.

Mereka kemudiannya didatangi tiga lelaki dalam sebuah kereta, yang salah seorang daripadanya melepaskan dua das tembakan kepada mangsa yang duduk di kerusi penumpang hadapan, katanya kepada Bernama pada Rabu.

Beliau berkata rakan mangsa bertindak melanggar kereta yang dinaiki suspek, bagaimanapun suspek dan rakan-rakannya berjaya melarikan diri.

Abdul Rahim berkata polis tidak menolak kemungkinan motif kejadian adalah disebabkan membalas dendam.

Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan