Remaja Cedera Dilanggar Peserta Konvoi Parti Pembangkang

Diterbitkan: Selasa, 30 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KEPALA BATAS: Seorang remaja retak tulang bahu dan lutut kanan selepas dilanggar seorang peserta konvoi bermotosikal sebuah parti pembangkang di sini, Ahad.

Muhamad Amirul Wadi Azlan, 18, berkata kejadian berlaku pada 1.40 petang di persimpangan lampu isyarat menghala ke pekan Tasek Gelugor ketika beliau dalam perjalanan pulang ke rumah selepas mengisi petrol.

"Ketika saya melalui lorong bersebelahan jalan susur di persimpangan itu, tiba-tiba datang dua motosikal ditunggangi peserta konvoi parti PAS melalui lorong yang sama dari arah bertentangan dengan sebuah daripadanya merempuh motosikal saya.

"Akibat pelanggaran itu, saya terpelanting dan terperosok dalam longkang konkrit berhampiran tempat kejadian, manakala lelaki yang melanggar saya hanya mengangkat tangan dan pergi begitu sahaja," katanya kepada pemberita ketika calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Kepala Batas Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican melawat beliau di rumahnya, Isnin.

Muhamad Amirul berkata beliau dihantar ke Hospital Kepala Batas oleh orang awam manakala peserta konvoi terbabit meneruskan program mereka.

Bapa mangsa, Azlan Din, 45, berkata beliau kesal dengan sikap penganjur konvoi itu yang bukan sahaja bersikap cuai serta tidak mengutamakan keselamatan malah tidak bertanggungjawab terhadap mangsa kemalangan.

"Sudahlah semasa kemalanganpun mereka seperti lepas tangan dengan tidak menghantar anak saya menerima rawatan, malah hingga hari ini (Isnin), tiada seorangpun wakil PAS yang datang bertanya khabar keadaan anak saya.

"Saya sudah membuat laporan di Balai Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara dan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang bertanggungjawab," katanya.

Sementara itu, Reezal berkata penganjur konvoi berkenaan gagal mengawal keselamatan peserta dan orang awam sehingga menyebabkan kemalangan berlaku.

"Kita dapat maklumat konvoi berkenaan bukan sahaja tidak mempunyai pengiring, malah pesertanya turut bertindak menguasai jalan raya sehingga menyusahkan pengguna lain," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan