Pegawai Polis Parah, Isteri Dan Dua Anak Maut Dalam Kemalangan

Diterbitkan: Selasa, 30 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA Terengganu Seorang pegawai polis cedera parah manakala isteri dan dua anaknya maut dalam kemalangan di KM 27 Jalan Kuala Terengganu-Kuala Berang dekat Wakaf Tapai awal pagi Selasa.

Superintenden Ghazali Daud, 49, yang bertugas di Unit Agama dan Kaunseling Bukit Aman memandu bersama keluarga apabila kenderaan pelbagai guna yang dinaiki, hilang kawalan dan terbabas ke sisi jalan dalam kejadian kira-kira pukul 3.45 pagi.

Ketua Polis Negeri Datuk Jamshah Mustapa ketika mengesahkan kejadian itu berkata akibat kemalangan itu isteri Ghazali, Haniza Abdul Rahman, 40, serta dua anak mereka, Ahmad Firdaus Izzudin, 11, dan Nur Aliah Adibah, 10, maut.

Lima lagi anak mangsa Ahmad Fahmi Izzudin, 12, Nur Aliah Afifah, 7, Nur Aliah Atikah, 6, Aina Yusro, 3, dan Akilah Husna, tujuh bulan, dilaporkan turut cedera.

Jamshah berkata semua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Kuala Berang, Hulu Terengganu sebelum dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini untuk rawatan lanjut. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan