Bersih 3.0: Juruteknik Diperintah Bela Diri Cederakan Wartawan Dan Polis

Diterbitkan: Selasa, 30 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang juruteknik diperintah membela diri oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa terhadap tiga pertuduhan termasuk mencederakan seorang wartawan stesen TV AlHijrah ketika mengambil bahagian dalam perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April tahun lalu.

Hakim Mahmud Abdullah membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Mohd Safuan Mamat@Nordin, 26, di akhir kes pendakwaan.

Mahkamah menetapkan 14 Jun untuk Mohd Safuan membela diri selepas peguam Mohd Fikah Sanusi memaklumkan anak guamnya itu memilih untuk memberi keterangan bersumpah dari kandang saksi.

Bagi pertuduhan pertama Mohd Safuan didakwa merosakkan kenderaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggunakan kon semasa mengambil bahagian dalam rusuhan di Jalan Tuanku Abdul Rahman, di sini pada 3.50 petang, 28 April 2012.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 440 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun dan boleh didenda.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa menggunakan kekerasan dengan mendatangkan kecederaan terhadap Konstabel Mohamad Kamil Paiman ketika perhimpunan itu pada masa dan di tempat sama mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda, atau kedua-duanya.

Dia juga didakwa menyebabkan kecederaan terhadap wartawan stesen TV AlHijrah Mohd Azri Mohd Salleh, 29, pada masa dan di tempat yang sama, mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya.

Pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Haffiza Jemali sudah memanggil 11 saksi untuk memberi keterangan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan