Polis Tahan Enam Lelaki Disyaki Bergaduh Dengan Ahli Politik

Diterbitkan: Isnin, 29 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Enam lelaki, termasuk tiga rakyat asing ditahan kerana disyaki terlibat dalam pergaduhan dengan seorang ahli politik dan tiga rakannya di Bidor, dekat sini Ahad. Jurucakap media pilihan raya umum ke-13 kontinjen polis Perak Supt Maszely Minhad berkata dalam kejadian 6.30 petang semalam, kereta yang dinaiki ahli politik berusia 32 itu, bersama rakannya dihalang sekumpulan lelaki yang menaiki dua kereta di depan sebuah bank di Bidor.

"Pengadu dan tiga rakanya yang ditumbuk oleh suspek membuat laporan polis di Balai Polis Tapah. "Pasukan Khas Cantas yang bergegas ke tempat kejadian berjaya menahan tiga lelaki tempatan, dua Sri Lanka dan seorang India berusia 20 hingga 60 tahun," katanya pada sidang akhbar di sini, Isnin.

Beliau berkata polis turut merampas dua kereta untuk siasatan lanjut. "Kes ini disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan," katanya.

Sementara itu, Maszely berkata polis menerima 28 laporan berkaitan kesalahan pilihan raya dan telah membuka dua kertas siasatan semalam.

Beliau berkata 140 ceramah diadakan di seluruh Perak semalam dan 20 daripadanya didapati tidak mempunyai permit. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan