APMM Tahan Tujuh Nelayan Vietnam Ceroboh Perairan Negara - Berita Jenayah | mStar

APMM Tahan Tujuh Nelayan Vietnam Ceroboh Perairan Negara

Diterbitkan: Ahad, 28 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PASIR PUTEH: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan sebuah bot nelayan Vietnam ketika menangkap sotong secara haram di kawasan perairan Malaysia iaitu 28 batu nautika dari Pantai Tok Bali di sini, Sabtu.

Ketua Penguat Kuasa Daerah Maritim Tok Bali, Kapten Wan Burhanuddin Jusoh berkata, dalam kejadian 6.50 petang itu, tujuh nelayan Vietnam terdiri daripada seorang tekong dan enam awak-awak ditahan kerana tidak mempunyai permit menangkap ikan yang sah.

"Mereka berusia antara 15 hingga 28 tahun itu ditahan bersama hasil tangkapan 100kg sotong dan disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Perikanan 1985," katanya kepada pemberita di Pejabat APMM Tok Bali di sini, Ahad.

Jika sabit kesalahan, tekong tersebut boleh dikenakan hukuman denda maksimum RM1 juta manakala awak-awak RM100,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Dalam kejadian berasingan, beliau berkata APMM turut menahan dua bot nelayan tempatan bersama seorang tekong dan 19 awak-awak yang disyaki menangkap ikan secara tunda ganding.

Mereka ditahan kira-kira 67 batu nautika dari Pantai Tok Bali pada 6.55 petang semalam dan pihaknya turut merampas 500kg ikan campur dan 1,000kg ikan baja, katanya.

Beliau berkata teknik tunda ganding yang menggunakan pukat yang ditarik oleh dua bot secara bergandingan itu, dilarang kerana ia merosakkan kawasan pembiakan ikan, bubu nelayan dan memerangkap ikan kecil. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan