SKMM Terima 10 Laporan SMS Palsu Dalam Tempoh PRU-13

Diterbitkan: Sabtu, 27 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menerima 10 laporan berhubung penyebaran khidmat pesanan ringkas (SMS) palsu sepanjang tempoh kempen pilihan raya umum ke-13 (PRU13) setakat ini.

Pengerusinya Datuk Mohamed Sharil Tarmizi berkata pihaknya masih menjalankan siasatan dan pemantauan rapi untuk mengenal pasti dalang serta motif penyebaran SMS tersebut.

"Terdapat beberapa kemungkinan yang berlaku di mana mereka menerima 'SMS Spam' malah ada juga masyarakat yang turut menerima 'SMS Spoofing' dengan menggunakan nombor palsu dan kita sedang menyiasat perkara ini," katanya kepada Bernama di sini, Jumaat.

Terdahulu beliau menjadi panel jemputan dalam program 'Bernama Today' terbitan BernamaTV di Wisma Bernama.

Mohamed Sharil berkata, individu yang didapati menggunakan Internet atau telefon untuk menyebar maklumat atau berita palsu boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 233 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Jika disabit kesalahan boleh didenda RM50,000 atau dipenjarakan maksimum setahun atau kedua-duanya sekali, katanya. Sehubungan itu, Mohamed Sharil turut menasihatkan orang ramai supaya tidak bertindak di luar kawalan ketika menggunakan Internet dan laman sosial kerana ia akan mendatangkan kemudaratan kepada diri dan mengancam keselamatan negara.

"Dalam keghairahan musim pilihan raya ini masyarakat perlu bertindak secara sopan ketika menggunakan Internet dan laman sosial...janganlah mencerca, menimbulkan kekacauan dan menyebarkan berita-berita palsu dalam talian.

"Negara kita mempunyai undang-undang dan perlembagaan maka sebelum menghantar sebarang maklumat fikir sama ada maklumat itu benar atau palsu dan cuba bertindak secara berhemah," katanya.

Sementara itu, Mohamed Sharil berkata pihaknya turut bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam membendung penyebaran sebarang maklumat atau SMS palsu yang boleh menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan