Polis Nafi Lelaki Mati Ditembak Berkaitan Kematian Timbalan KP Kastam

Diterbitkan: Sabtu, 27 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis pada Sabtu menafikan beberapa berita di Internet yang mendakwa seorang lelaki ditembak mati berhubung kes pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri) Datuk Shaharuddin Ibrahim di Putrajaya, Jumaat.

Berikutan itu, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi tentang motif pembunuhan itu kerana ia masih dalam siasatan polis.

"Berita yang mengatakan suspek kejadian telah berjaya dikesan dan ditembak mati manakala rakannya berjaya melarikan diri adalah tidak benar sama sekali," katanya dalamn kenyataan akhbar yang disiarkan di laman Facebook Polis Kuala Lumpur, Sabtu.

Shaharuddin mati ditembak dua lelaki bermotosikal semasa dalam perjalanan ke pejabatnya di Putrajaya, ketika kereta yang dinaikinya berhenti di persimpangan lampu isyarat dari Lebuh Sentosa ke Lebuh Wawasan, kira-kira 8.15 pagi.

Mohmad berkata orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian itu diminta menghubungi DSP Hamzah Buman (ketua bahagian siasatan jenayah IPD Putrajaya) di talian 012-2342122, ASP Irwan Saimi (pegawai penyiasat kanan IPD Putrajaya) di 019-6007772.

"Orang ramai juga boleh menghubungi Supt Yahya Abd.Rahman (pegawai turus siasatan khas D9 IPKKL) di talian 019-4708946 dan ASP Ng Man Fatt (ASP D9 IPKKL) di talian 012-2348802," katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah yang dihubungi Bernama berkata siasatan masih dijalankan.

"Setakat ini tiada tangkapan dibuat," katanya sambil menafikan insiden berkenaan ada kaitan dengan satu lagi kes tembak yang berlaku di Taman Billion Cheras, Jumaat.

Dalam kejadian 11.30 pagi itu, R. Karikaalan, 29, yang dalam perjalanan ke rumahnya di di Taman Puchong Hartamas maut ditembak dua lelaki bermotosikal ketika dia yang menaiki kereta Nissan Livina berwarna hitam berhenti di lampu isyarat di Bulatan Taman Billion. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan