Pegawai SPR Buat Laporan Polis Diugut Ketika Buat Rondaan

Diterbitkan: Sabtu, 27 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuat laporan polis setelah diugut seorang lelaki ketika beliau membuat rondaan dan pemantauan di Kubang Semang, Pulau Pinang, Jumaat.

Penolong Ketua Urusetia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam) ACP Ramli Mohamed Yoosuf berkata kejadian berlaku ketika pegawai itu dan dua rakannya yang menaiki kereta jenis Pajero berhenti di hadapan Bilik Gerakan di kawasan itu.

"Lelaki itu secara tiba-tiba membuka pintu kereta itu dan menumbuk cermin sebelum memberi isyarat telunjuk jari sambil berkata 'hang balik, nanti aku akan pukul hang'," katanya kepada pemberita dalam taklimat media PRU13 di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini, Sabtu.

Ramli berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaaan kerana ugutan jenayah.

Beliau juga memberitahu terdapat tiga lagi kes yang mencemarkan kempen pilihan raya semalam iaitu kebakaran Bilik Gerakan di Rawang Jaya, Selangor, menconteng papan iklan yang mencemarkan imej polis di Kulaijaya, Johor dan ugutan jenayah di Petaling Jaya, Selangor.

Sementara itu, Ramli berkata sebanyak 1,897 aktiviti sepanjang kempen PRU13 berlangsung di seluruh negara semalam iaitu 875 ceramah, perjumpaan dan mesyuarat (222), kunjungan rumah ke rumah (88), kempen (264) dan lain-lain sebanyak (473).

Jumlah laporan polis yang terkumpul setakat semalam ialah 248 manakala 48 tangkapan dibuat semalam dengan Pulau Pinang mencatat tangkapan terbanyak iaitu 16 tangkapan. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan