Lelaki Mati Ditembak Dihadapan Lampu Isyarat Bulatan Tmn Billion

Diterbitkan: Sabtu, 27 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki mati ditembak di hadapan lampu isyarat di bulatan Taman Billion, Cheras di sini, Jumaat.

R. Karikaalan, 29, mati ketika dalam perjalanan ke hospital setelah terkena dua dari 10 das tembakan yang dilepaskan dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal.

Kejadian pada pukul 11.30 pagi itu turut menyebabkan ibu Karikaalan yang berusia 60 tahun cedera di lengan kanan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata ketika kejadian, Karikaalan bersama ibunya dalam perjalanan dari Ampang untuk ke rumahnya di Taman Puchong Hartamas.

"Ketika berhenti di lampu isyarat itu, sebuah motosikal yang dinaiki dua lelaki memakai topi keledar bercermin gelap menutup muka menghampiri kenderaan jenis Nissan Livina berwarna hitam yang dinaiki mangsa dan ibunya dan melepaskan tembakan," katanya kepada pemberita di sini.

Ku berkata berdasarkan siasatan awal, polis percaya kemungkinan mangsa dibunuh kerana terlibat dalam pergaduhan dengan satu kumpulan di Puchong sebelum ini.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. -BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan