Ditetak Kerana Minta Balik Hutang RM20 Dari Rakan

Diterbitkan: Sabtu, 27 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

DUNGUN: Gara-gara meminta dibayar balik hutangnya sebanyak RM20, seorang lelaki parah ditetak empat suspek di Kampung Binjai di sini Jumaat.

Kejadian berlaku kira-kira 10 pagi ketika mangsa yang berusia 40 tahun pergi menagih hutang dari seorang rakannya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, ACP K. Manoharan berkata turut berlaku pertengkaran antara mangsa dan suspek, sebelum mangsa pulang semula ke rumahnya dengan menunggang motosikal.

"Namun suspek yang tidak berpuas hati dengan mangsa, mengajak tiga lagi rakannya untuk mengejar mangsa dengan kereta sebelum mangsa dilanggar hingga terjatuh dan kemudian ditetak.

"Mangsa yang cedera di kepala, leher dan tangan berjaya menyelamatkan diri untuk pulang ke rumahnya yang terletak tidak jauh dari tempat kejadian serta sempat memberiahu adiknya tentang kejadian itu sebelum mangsa pengsan," katanya.

Manoharan berkata mangsa kemudiannya dibawa Hospital Dungun sebelum dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini.

Mangsa yang bekerja sendiri terpaksa menjalani pembedahan dan dilapor masih dalam keadaan kritikal.

Beliau berkata polis telah mengenal pasti keempat-empat suspek dan mereka sedang diburu. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan