Timbalan Ketua Pengarah Kastam Maut Ditembak

Diterbitkan: Jumaat, 26 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Polis mengepung Lebuh Sentosa-Lebuh Wawasan yang menjadi lokasi Shaharuddin maut ditembak.
Polis mengepung Lebuh Sentosa-Lebuh Wawasan yang menjadi lokasi Shaharuddin maut ditembak.

PUTRAJAYA: Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri) Datuk Saharuddin Ibrahim maut selepas ditembak dari jarak dekat oleh penyerang tidak dikenali ketika dalam perjalanan ke tempat kerja di sini.

Shaharuddin, 58, yang tinggal di Dengkil, Selangor, disahkan meninggal dunia di Hospital Putrajaya pada pukul 9.20 pagi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata dua lelaki bermotosikal melepaskan tiga das tembakan ketika kenderaan yang dinaiki Shaharuddin berhenti di persimpangan lampu isyarat dari Lebuh Sentosa ke Lebuh Wawasan pada pukul 8.15 pagi.

"Tembakan itu mengenai bahagian leher ke atas dan Shaharuddin dikejarkan ke Hospital Putrajaya oleh pemandunya," katanya kepada pemberita ketika ditemui di kejadian.

Ku berkata siasatan polis mendapati Shaharuddin ditembak menggunakan pistol automatik.

Polis akan meneliti kesemua bahan bukti termasuk kamera litar tertutup di kawasan itu, katanya sambil meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran.

Polis turut menggesa sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai insiden itu untuk menghubungi talian 03-21159999.

Lokasi insiden iaitu di Lebuh Sentosa-Lebuh Wawasan kini dikawal ketat polis dan beberapa unit polis forensik turut kelihatan untuk mencari bahan bukti.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan