Polis Buru Tiga Remaja Baling Bom Petrol Di Jelapang

Diterbitkan: Jumaat, 26 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Polis sedang memburu tiga remaja yang dipercayai membaling dua bom petrol ke arah Bilik Gerakan Barisan Nasional di Jelapang pada Khamis.

Jurucakap media pilihan raya umum ke-13 kontinjen polis Perak, Supt Maszely Minhad berkata orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil atau menghubungi balai polis terdekat.

"Kita sedang menjejaki suspek melalui maklumat yang kita perolehi setakat ini. Namun ia belum mencukupi. Kes disiasat di bawah Seksyen 435 Akta Kanun Keseksaan kerana khianat dengan api yang boleh dijatuhkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun," katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.

Beliau turut mengingatkan semua penyokong parti agar mematuhi undang-undang dan tidak sengaja melakukan kerosakan atau khianat terhadap mana-mana parti bertanding.

Dalam pada itu, Maszely berkata polis menerima 11 laporan berkaitan kesalahan pilihan raya dan telah membuka tiga kertas siasatan pada Khamis.

"Semalam (Khamis), empat lelaki ditahan kerana menimbulkan kekacauan di sebuah Bilik Gerakan di Kampung Kerunai, Gerik dan kesemua mereka kini ditahan reman," katanya.

Beliau berkata sebanyak 143 ceramah telah dijalankan di seluruh Perak semalam di mana 30 dari jumlah itu didapati tidak mempunyai permit.

"Meskipun kaedah permohonan permit telah dipermudahkan, namun masih ramai penganjur ingkar untuk berbuat demikian," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan