Pemandu Lori Maut Dirempuh Lori Lain

Diterbitkan: Jumaat, 26 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Seorang pemandu lori maut setelah lori yang dipandunya dirempuh dari belakang oleh sebuah lori yang lain di Km59, Jalan Lipis-Merapoh dekat Kuala Lipis pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Kuala Lipis Supt Abdul Razak Hassan berkata mangsa Azam Ishak, 30, berasal dari Felda Ciku, Gua Musang, Kelantan mati di tempat kejadian akibat kecederaan di kepala dalam kejadian pukul 8.40 pagi itu.

Pemandu lori yang dikatakan merempuh lori mangsa, Mohd Sidek Yusof, 51, dari Kampung Kemumin, Pengkalan Chepa, Kelantan turut parah di kepala dan badan dan dimasukkan ke Hospital Kuala Lipis.

"Siasatan awal mendapati lori yang dipandu Mohd Sidek yang dalam perjalanan menuju Kelantan, dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh belakang lori mangsa. "Akibat pelanggaran itu lori Azam terbabas ke kanan jalan sebelum terbalik melanggar tebing, manakala lori Mohd Sidek terbalik di tepi jalan," katanya kepada Bernama pada Jumaat.

Beliau berkata polis akan mengambil keterangan dari Mohd Sidek mengenai kejadian itu dalam masa terdekat memandangkan dia masih belum sedarkan diri.

Polis menyiasat kes itu mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan