Kain Rentang BN Di Bayan Baru Dikoyak

Diterbitkan: Jumaat, 26 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGETOWN: Kain rentang Barisan Nasional (BN) yang dipasang di tepi Jalan Tun Dr Awang dekat Bayan Baru telah dirosakkan dan dikoyakkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Calon BN kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Jerejak Wong Mun Hoe berkata pihaknya telah membuat laporan di Balai Polis Bayan Baru semalam selepas mendapat tahu insiden itu.

"Bagi saya, tindakan vandalisme yang dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab ini tidak membawa apa-apa makna dan seharusnya perlu lebih matang serta tidak bertindak keterlaluan," katanya selepas membuat tinjauan mesra di sekitar kawasan perumahan di Kampung Jawa, dekat sini, Jumaat.

Wong yang juga Naib Pengerusi Parti Gerakan Pulau Pinang berkata setiap pemimpin harus tahu mengawal penyokong masing-masing dan perlu menasihati mereka lebih beretika dan berdisiplin bagi memastikan pilihan raya umum ke-13 ini berjalan lancar tanpa gangguan.

Wong terbabit dalam pertandingan satu lawan satu dengan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohd Rashid Hasnon di kerusi DUN Pantai Jerejak.b -BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan