Suspek Serang Penyokong Parti di Dungun Serah Diri Kepada Polis

Diterbitkan: Khamis, 25 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Suspek kes menyerang seorang penyokong parti politik di Dungun semalam, tampil menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri ACP K. Manoharan berkata suspek, seorang peniaga menyerah diri pada kira-kira 2 petang dan kini ditahan untuk siasatan lanjut.

"Suspek yang berumur 35 tahun ini juga pernah didakwa di mahkamah kerana terlibat dalam kes pergaduhan di Dungun baru-baru ini, katanya kepada pemebrita di sini, Khamis.

Manoharan berkata mangsa serangan, berusia 57 tahun, kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini dan keadaannya dilaporkan stabil.

Semalam, seorang penyokong parti politik cedera setelah diserang sekumpulan penyokong parti lawan dalam kejadian di Simpang 3, pekan Dungun.

Dalam kejadian kira-kira 11.30 malam itu, sekumpulan pasukan pemantau pilihan raya menurunkan bendera sebuah parti yang dipasang di kawasan berkenaan kerana menghalang lalu lintas sehingga menimbulkan salah faham. -BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan