Lelaki Dipercayai Dibunuh Sebelum Dicampak Ke Dalam Sungai

Diterbitkan: Khamis, 25 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Mayat seorang lelaki dipercayai dibunuh, ditemui di sebatang sungai berhampiran tapak meletak kenderaan berat di Kawasan Perindustrian Ayer Keroh di sini Khamis.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Melaka Supt P.R. Gunarajan berkata mangsa berusia lingkungan 40-an itu dijumpai tersangkut di celah pokok tumbang dan sampah di sungai berkenaan oleh seorang pengawal keselamatan kira-kira 7.15 pagi ini.

"Pemeriksaan awal mendapati mayat lelaki tanpa dokumen pengenalan diri itu mempunyai kesan kecederaan di kepala dan tangan kirinya dipercayai dipukul menggunakan objek tumpul," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata berdasarkan siasatan awal, polis percaya mangsa dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dicampak ke dalam sungai berkenaan dalam tempoh 24 jam.

Katanya mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sehubungan itu, Gunarajan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian atau kehilangan anggota keluarga supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan