Bilik Gerakan BN di Buntong Dilempar Bom Petrol

Diterbitkan: Khamis, 25 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Bilik gerakan Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya umum ke-13 (PRU13) di Jalan Desa Rishah, Buntong di sini nyaris terbakar dipercayai dilempar dua bom petrol atau 'molotov cocktail' oleh tiga lelaki berumur lingkungan 20-an awal pagi Khamis.

Ketua Polis Perak Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata kejadian kira-kira 5 pagi itu disedari seorang pengawal keselamatan yang berada di dalam bilik gerakan terbabit.

"Pengawal keselamatan yang menyedari kejadian itu sempat memadam api yang terkena beberapa bendera BN. Bagaimanapun hanya sedikit kerosakan kerana botol yang mengandungi petrol itu tidak terbakar sepenuhnya," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di sini Khamis.

Beliau berkata suspek yang menaiki kereta Nissan Sentra merah cuba melarikan diri apabila Pasukan Khas Cantas yang sedang melakukan rondaan di kawasan itu hendak menahan mereka.

Selepas dikejar, kereta suspek terbabas di kawasan sejauh lima kilometer dari bilik gerakan dan ketiga-tiga lelaki itu sempat melarikan diri, katanya.

Mohd Shukri berkata pemeriksaan ke atas kereta suspek menemui tiga lagi bom petrol serta lima bilah parang.

Katanya kenderaan terbabit merupakan kereta curi yang berkaitan dengan laporan kehilangan kereta di Kota Damansara sebulan lalu.

Beliau berkata polis tidak menolak kemungkinan kejadian itu bermotifkan politik selain mahu mendatangkan ketakutan kepada penduduk setempat serta pendekatan untuk melakukan sabotaj bagi menggagalkan proses PRU13.

"Ini merupakan kejadian pertama berlaku di Perak. Saya memandang serius kejadian ini dan saya berharap semua pihak tidak melakukan tindakan sedemikian kerana boleh menjejaskan keselamatan," katanya.

Polis, katanya, sentiasa memantau semua bilik gerakan parti politik bagi menentukan tiada perkara yang tidak diingini berlaku. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan