Tiga Maut Dalam Kemalangan Di Melaka

Diterbitkan: Rabu, 24 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Tiga maut dalam satu kemalangan melibatkan sebuah van dan lori di Kilometer 191.9 Lebuhraya Utara Selatan menghala ke Johor Baru dekat susur keluar Ayer Keroh di sini, awal pagi Rabu.

Mangsa yang maut dalam kejadian pada 3.30 pagi itu merupakan seorang warga Indonesia bertaraf penduduk tetap Bosimai Tooh, 41, serta dua lagi warga Indonesia Aditiawarman, 37, dan Poniman Zubir, 26.

Ketua Polis Daerah Jasin DSP Muhd Nur Hishamuddin Hashim berkata siasatan awal mendapati van yang dipandu Bosimai sedang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Johor Baharu sebelum dipercayai melanggar belakang lori sebaik tiba di tempat kejadian.

"Kita percaya van tersebut mungkin dipandu laju sebelum melanggar belakang lori yang sedang mendaki jalan berbukit di lokasi kemalangan," katanya.

Beliau berkata akibat pelanggaran itu, ketiga-tiga mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat dihantar ke Hospital Jasin untuk dibedah siasat.

Katanya pemandu lori Che Alfadzilah Isa, 38, yang dalam perjalanan ke Senai Johor tidak mengalami sebarang kecederaan. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan