Samun: Empat Suspek Ditahan Di Sri Hartamas

Diterbitkan: Rabu, 24 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis menahan empat lelaki yang dipercayai terlibat dalam kejadian samun di beberapa negeri sejak awal tahun ini dan merampas lima buah kereta mewah yang dipercayai disamun.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, empat lelaki berumur 22 hingga 40 tahun itu ditahan dalam satu serbuan oleh Bahagian Siasatan Khas (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur pada pukul 3.45 petang semalam di Sri Hartamas.

Katanya, kereta mewah jenis Audi Q7, BMW 5 series, Toyata Harrier dan dua buah Camry yang diletakkan di kawasan parkir pusat membeli belah berkenaan turut dirampas.

"Kita percaya kereta yang dirampas tersebut merupakan kereta samun yang dilaporkan hilang," katanya dalam satu kenyataan di sini, Rabu.

Beliau berkata, turut dirampas semasa pemeriksaan di dalam kereta tersebut adalah lima bilah parang pelbagai jenis, pelbagai nombor plat kenderaan, sebatang kuku kambing, sebilah kapak dan sarung tangan.

Katanya, dua daripada suspek memiliki rekod jenayah lampau dan masih dikehendaki berhubung kes rompakan di empat buah negeri iaitu Butterworth, Pulau Pinang; Sungai Petani, Kedah; Melaka Tengah, Melaka dan Seri Iskandar, Perak.

Mohmad berkata, selain aktif mencuri kenderaan, kumpulan itu juga terlibat dalam jenayah rompakan dengan menyasarkan pelanggan yang berurusan dengan bank.

"Kumpulan ini didapati aktif mencuri dan merompak kenderaan mewah bagi membolehkan mereka menggunakan kereta tersebut untuk melakukan rompakan melibatkan pelanggan bank yang selesai mengeluarkan wang di bank, serta memudahkan mereka melarikan diri jika terserempak dengan polis," katanya.

Beliau berkata, dengan tertangkapnya keempat-empat suspek, polis percaya telah menyelesaikan lima kes rompakan pelanggan bank yang berlaku sejak awal tahun ini dan juga lapan kes kecurian kenderaan mewah.

Tambahnya lagi, kesemua suspek akan direman dan disiasat mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah kerana mencuri kenderaan dan melakukan rompakan bersenjata secara berkumpulan.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan