Polis Kini Buka Balai Bergerak Di Bt Gasing

Diterbitkan: Rabu, 24 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Bagi mengelak berulangnya tragedi samun dan bunuh, polis akan menempatkan balai bergerak di pusat rekreasi dan riadah Bukit Gasing di sini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed berkata, bagi mencegah jenayah di kawasan itu, balai bergerak itu yang dikendalikan beberapa anggota polis, dijangka beroperasi mulai hujung minggu ini dengan dua sesi operasi iaitu dari 7 hingga 10 pagi dan 4 hingga 7 petang.

Langkah ini diambil selepas polis dan beberapa wakil Persatuan Penduduk Petaling Jaya mencapai kata putus dalam usaha mencegah jenayah membabitkan penduduk yang beriadah di Bukit Gasing," katanya pada sidang media di Ibu pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di sini, Rabu.

Pada 20 April lepas, Ong Ai Sam, 52, dan anak perempuannya yang berusia 17 tahun, diserang dua lelaki bermotosikal ketika mereka dalam perjalanan pulang selepas berjoging.

Wanita itu yang cuba mempertahankan diri sambil menyuruh anaknya menyelamatkan diri, ditikam enam kali oleh seorang daripada lelaki berkenaan sehingga rebah. Ong disahkan meninggal dunia semasa dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya.

Polis kemudian berjaya menahan empat remaja lelaki berusia antara 16 dan 18 tahun dalam serbuan berasingan di Flat Sri Medan dan Flat Bukit Gasing di sini, awal pagi semalam.

Arjunaidi berkata, susulan kejadian itu, polis menempatkan beberapa anggota polis beruniform dan tidak beruniform di sekitar lokasi kejadian bagi menjamin keselamatan orang ramai.

"Orang ramai yang hendak berjoging di kawasan itu boleh melaporkan di balai bergerak yang akan kita tempatkan, ini akan memudahkan pemantauan yang akan dilakukan pihak polis," katanya.

Sementara itu, Arjunaidi turut menggesa masyarakat di sekitar Bukit Gasing yang sering melakukan aktiviti berjoging, supaya turut membantu polis dalam mencegah aktiviti jenayah dengan mendaftar sebagai sukarelawan.

Polis dan Persatuan Penduduk Petaling Jaya telah menubuhkan jawatankuasa khas bagi mewujudkan komuniti selamat, dan sukarelawan diperlukan untuk membantu memastikan kawasan Bukit Gasing bebas jenayah.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan