Pemandu Teksi Ditembak Mati Ketika Makan Malam Di Restoran

Diterbitkan: Rabu, 24 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang pemandu teksi ditembak mati dua lelaki ketika menikmati makan malam bersama isteri dan anak perempuannya di sebuah restoran di Batu 14, Kampung Baharu Puchong dekat sini, Selasa.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Yahaya Ramli berkata mangsa, Seva Arumugan, 36, didatangi dua lelaki bertopeng yang melepas beberapa das tembakan ke arah mangsa dalam kejadian 9.20 malam itu.

"Dua suspek tersebut berbadan gempal dan berusia lingkungan 30-an," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Beliau berkata suspek melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta Proton Wira kelabu dengan nombor pendaftaran NBS 9119, yang dipercayai kenderaan curi.

Mangsa dibawa ke sebuah klinik tidak jauh dari tempat kejadian namun disahkan meninggal dunia.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan