Rumah Pegawai Daerah Diletak Bangkai Ayam

Diterbitkan: Selasa, 23 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

NIBONG TEBAL: Rumah Pegawai Daerah Seberang Perai Selatan di Jalan Besar Sungai Bakap di sini telah diletak bangkai ayam sementara temboknya diconteng dengan perkatan kesat.

Rahani Hassan berkata perkara itu disedari anaknya yang baru pulang ke rumah kira-kira 11.09 malam tadi.

Beliau berkata bangkai itu diletak di bawah pagar rumahnya sementara tembok di luar pagar diconteng dengan perkataan 'DO Bodoh'. Beliau telah membuat laporan polis.

"Saya dan beberapa anggota keluarga berada dalam rumah dan kejadian itu hanya disedari salah seorang anak saya yang baru pulang dan ternampak bangkai ayam dan perkataan berkenaan," katanya.

Jurucakap Pilihan Raya Polis Kontinjen Negeri, ACP Roslee Chik berkata pihak polis ada menerima laporan dan kes disiasat menurut Seksyen 509 Kanun Keseksaan. "Mangsa turut melapor pagar elektrik rumahnya dikunci dengan mangga yang dipasang rantai," katanya.

-BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan