MCA Segamat Kesal Perbuatan Khianat Pembangkang Guna Taktik Kotor

Diterbitkan: Selasa, 23 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Dr Lee (tiga (kiri) menunjukkan bendera yang dirosakkan.
Dr Lee (tiga (kiri) menunjukkan bendera yang dirosakkan.

SEGAMAT: Ketua MCA Bahagian Segamat, Datuk Dr Lee Hon Tee kesal dengan kejadian khianat merosakkan lebih 200 buah bendera dan kain rentang Barisan Nasional (BN) di beberapa kawasan, di sini, kelmarin.

Beliau yang juga calon Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jementah menganggap insiden tersebut merupakan taktik kotor pihak pembangkang dalam usaha menjatuhkan semangat pengundi BN.

"Besar kemungkinan ia dilakukan oleh pihak pembangkang dan ini merupakan kejadian kali kedua untuk pilihan raya kali ini di mana bendera-bendera dan kain rentang BN telah digunting.

"Bagaimanapun ia tidak melemahkan saya untuk terus berjuang malah menjadikan saya lebih kuat," katanya ketika ditemui selepas Program Ramah Mesra Bersama Masyarakat, di Pekan Buluh Kasap, Selasa.

Beliau berkata, laporan polis telah dibuat pada Isnin sejurus menyedari kejadian tersebut.

"Kita menyedari kejadian tersebut pagi semalam dan telah buat satu laporan polis dan berharap ia tidak akan berulang lagi," ujarnya.

Sementara itu, Dr Lee yakin kelebihan sebagai anak tempatan mampu mengekalkan kerusi DUN Jementah yang disandangnya sejak 2004.

"Pengundi-pengundi kenal siapa yang banyak berkhidmat untuk masyarakat di sini, saya juga merupakan anak tempatan yang dilahirkan di Segamat.

"Sementara pihak lawan bukan dari Segamat malah saya dimaklumkan beliau pernah bertanding di tempat kelahirannya dan kalah," ujarnya.

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan