Lapan Nelayan Vietnam Ditahan Ceroboh Perairan Negara

Diterbitkan: Selasa, 23 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KEMAMAN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan lapan nelayan warga Vietnam setelah didapati menjalankan aktiviti menangkap ikan di perairan negara.

Ketua Penguatkuasa Daerah Maritim 9 Kuala Terengganu Kapten Maritim Xavier Thevedas berkata kesemua nelayan berusia 23 hingga 35 tahun itu ditahan kira-kira 60 batu nautika di luar Pantai Kuala Terengganu, kira-kira pukul 10.30 malam Isnin.

Semasa ditahan, mereka sedang melakukan aktiviti menangkap ikan di perairan negara.

"Menyedari bot mereka dihampiri, nelayan berkenaan menutup lampu bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

"Hasil pemeriksaan, kita menahan lapan nelayan tersebut dan turut merampas peralatan serta hasil tangkapan mereka," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Menurutnya bot mereka juga ditunda ke Jeti Pangkalan Maritim Kemaman untuk siasatan lanjut, dan kes disiasat mengikut Akta Perikanan 1985.

Xavier berkata tangkapan itu adalah yang ketiga tahun ini membabitkan bot nelayan asing di perairan itu.

Beliau juga berharap komuniti nelayan tempatan sentiasa memberi kerjasama dan melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya terdapat pencerobohan bot nelayan asing di kawasan mereka menangkap ikan.

APMM Terengganu sentiasa membuat pemantauan dan operasi bagi mengekang kemasukan bot nelayan asing daripada terus menceroboh dan mengaut hasil khazanah negara, kata Xavier.-BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Kolumnis

iklan

Iklan