11 Ditahan di P. Pinang Bawa Senjata Ketika Pasang Bendera

Diterbitkan: Isnin, 22 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Seramai 11 lelaki ditahan kerana membawa senjata berbahaya ketika memasang bendera parti di Bayan Baru dan Butterworth awal pagi Isnin.

Jurucakap pilihan raya polis kontinjen negeri, ACP Roslee Chik berkata pihak polis menemui sebilah kapak dan tiga bilah parang pelbagai saiz selain puluhan bendera parti dalam kereta yang dinaiki enam lelaki berusia antara 18 hingga 37 tahun di Queens Bay, Bayan Baru kira-kira pukul 4.30 pagi.

"Mengikut laporan awal yang kita terima, suspek dikatakan menurunkan bendera parti lawan sebelum memasang semula bendera parti mereka," katanya kepada pemberita di sini Isnin.

Beliau berkata lima lelaki lagi yang berusia antara 18 hingga 24 tahun ditahan pula di tempat parkir Jalan Kampung Benggali, Butterworth pada pukul 2.28 pagi.

Hasil pemeriksaan, polis menemui enam bilah parang panjang yang disembunyikan dalam kereta mereka, katanya.

Roslee juga berkata siasatan awal mendapati mereka telah diupah memasang bendera dengan bayaran RM80 sehari dan baru selesai menjalankan tugas mereka.

Beliau berkata kesemua suspek direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 6 (1) Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi dua tahun atau sebatan jika sabit kesalahan.

Sementara itu polis menurunkan kain rentang di Bukit Minyak pada Jumaat lepas yang mengandungi kenyataan berunsur fitnah dan provokasi yang kononnya dipetik dari kenyataan bekas pegawai tinggi polis dan tentera.

Roslee berkata kes disiasat mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan iaitu kesalahan melibatkan kenyataan-kenyataan yang mendatangkan khianat awam. Beliau berkata setakat ini 114 laporan polis telah dibuat berkaitan pelbagai isu pilihan raya dan daripada jumlah itu, 26 laporan kertas siasatan telah dibuka. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan