Tidak Bagi Pasang Bendera, Peniaga Ditetak - Berita Jenayah | mStar

Tidak Bagi Pasang Bendera, Peniaga Ditetak

Diterbitkan: Ahad, 21 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Akibat enggan membenarnya kedai makannya di pasang bendera parti politik, seorang peniaga menerima 18 jahitan akibat pahanya dilibas dengan parang oleh seorang lelaki di Kampung Ketil, Pengkalan Kubor, Tumpat pada Jumaat lepas.

Jurucakap Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan bagi Pilihan Raya Umum ke-13, Supt Che Mahazan Che Aik berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 3 pagi ketika mangsa berada di kedai makannya di kawasan bebas cukai Pengkalan Kubor.

"Salah seorang daripada tiga suspek telah bertindak melibas parang yang terkena paha kiri mangsa. Motif dipercayai kerana mangsa enggan membenarkan premisnya dipasang bendera parti kerana dikatakan akan menjejaskan perniagaannya," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini, Ahad.

Che Mahazan berkata suspek tersebut yang berusia 28 tahun telah ditahabn sementara dua lagi yang telah dikenal pasti sedang diburu.

Kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan cedera dan Seksyen 596 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.

Sementara itu tiga laporan diterima di Pasir Puteh pada hari penamaan calon pada Sabtu.

Che Mahazan berkata salah satu kes melibatkan dua pelajar institusi pengajian tinggi swasta yang berusia 23 dan 25 tahun yang menyamar sebagai pemantau pilihan raya dan memasuki kawasan penamaan calon di Bilik Gerakan Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Puteh.

"Kedua-dua suspek memakai baju dan tag bertulisan pemantau pilihan raya yang tidak disahkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.

Bagaimanapun kedua-dua suspek telah dilepaskan dengan jaminan polis.

Dalam satu lagi kes, seorang lelaki berusia 37 tahun dilaporkan menggunakan kapal terbang kawalan jauh untuk mengibarkan sehelai bendera parti yang kapal terbang itu masuki kawasan pusat penamaan calon.

Beliau berkata pihaknya merampas alat kawalan serta kapal terbang itu dan juga bendera berkenaan.

Kedua-dua kes disiasat di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Che Mahazan berkata turut dilapor berlaku perbalahan di Selising apabila seorang suspek menyerang mangsanya dengan besi paip dan mengeluarkan kata-kata ugutan.

Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana membuat ugutan jenayah dan melakukan khianat. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan