Lima Maut Kereta Rempuh Tiga Motosikal Berhenti Di Lorong Kecemasan

Diterbitkan: Ahad, 21 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Sebuah kereta yang dipecayai hilang kawalan merempuh tiga motosikal yang berhenti di lorong kecemasan di Km10.5 Lebuhraya Persekutuan awal pagi Ahad, mengakibatkan lima orang maut di tempat kejadian.

Mangsa yang terbunuh termasuklah seorang penumpang kereta yang berhenti untuk membantu mangsa kemalangan.

Mereka yang terbunuh dikenal pasti sebagai Muhammad Faridzuan Mohd Aziz, 21, Amirul Faiq Zainuddin, 22, Syahmie Farid Izzat Samsudin Shah, 21, kesemuanya penunggang motosikal dan pemandu kereta, Wilson Lee, 22, serta seorang penumpang kereta lain yang berhenti untuk memberi bantuan, M. Kalaychelven, 50.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Zahedi Ayob berkata dalam kejadian pada 3 pagi itu, kereta yang dipandu Lee menghala ke Klang dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan merempuh tiga motosikal sedang berhenti di lorong kecemasan kerana mengalami kerosakan.

Rempuhan itu menyebabkan kereta berkenaan terbalik beberapa kali dan Lee terhumban keluar kira-kira 50 meter daripada keretanya.

Akibat kejadian itu Lee dan dua penunggang motosikal iaitu Muhammad Faridzuan dan Amirul Faiq mati di tempat kejadian kerana cedera parah di kepala dan kaki.

"Pada masa sama, sebuah kereta lagi berhenti di lorong kecemasan dan penumpang belakangnya, Kalaychelven keluar untuk memberi bantuan kepada mangsa tetapi sebuah motosikal yang ditunggang Syahmie Farid Izzat tiba-tiba datang dari arah belakang, hilang kawalan dan melanggar Kalaychelven.

"Akibat perlanggaran itu, Syahmi Farid Izzat yang cedera parah di kepala dan Kalaychelven yang cedera parah di kepala dan putus kaki kiri, turut meninggal dunia di tempat kejadian," katanya pada sidang akhbar di sini, Ahad.

Kesemua mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang, untuk bedah siasat dan sudah dituntut oleh keluarga masing-masing.

Ditanya mengenai kemungkinan pemandu kereta yang hilang kawalan itu dalam keadaan mabuk, Zahedi berkata pihaknya telah mengambil contoh darah mangsa untuk ujian dan keputusannya hanya diketahui dalam tempoh dua minggu.

Beliau menyangkal dakwaan kononnya kesemua mangsa penunggang motosikal itu terlibat dalam aktiviti merempit sebelum kejadian itu.

Beliau turut menasihatkan semua penunggang motosikal supaya menggunakan lorong motosikal bagi menjamin keselamatan mereka.

"Bagi mereka yang ingin memberhentikan kereta untuk membantu mangsa kemalangan, mereka perlu mengutamakan keselamatan diri terlebih dahulu sebelum mengambil tindakan membantu orang lain," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan