Anggota Tentera Maut Dalam Nahas Jalan Raya Di Tawau

Diterbitkan: Ahad, 21 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Jenazah seorang anggota tentera yang maut akibat kemalangan jalan raya sewaktu bertugas di Tawau, Sabah semalam dibawa pulang ke kampungnya di Kodiang, malam Ahad.

Penerbangan yang membawa jenazah Lans Koperal Mohd Idris Ibrahim itu tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim pada 9.15 malam.

Mohd Idris, 26, berkhidmat dengan Pasukan 7 Rejimen Askar Melayu Diraja yang berpangkalan di Kem Kukusan, Tawau.

Jenazah Mohd Idris kemudian dibawa ke rumah keluarganya Kampung Pida 2, Jalan Sanglang, Kodiang sebelum dikebumi di Masjid Paya, Kampung Pida 1.

Turut hadir di lapangan terbang adalah Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah.

BN menyumbang sebanyak RM10,000 yang diserah kepada kakak sulung Allahyarham, Rohaya Ibrahim, 31.

Ahmad Bashah berkata sumbangan itu diharap dapat meringankan sedikit beban keluarga Allahyarham.

Mohd Idris, anak keempat daripada enam beradik, disifatkan sebagai seorang yang amat ceria oleh kakaknya.

"Kali terakhir kami jumpa dia pada bulan April tahun lepas. Baru-baru ini pada Jumaat lepas, dia ada telefon dan menyatakan hasratnya untuk bertunang menjelang Aidilfitri nanti," katanya.

Pegawai yang mengiringi jenazah Mohd Idris dari Tawau iaitu Leftenan Mohd Elyas Mohd Shafie berkata kemalangan melibatkan Mohd Idris berlaku pada kira-kira 8.30 malam.

"Dia berseorangan ketika itu, setahu saya, dia dilanggar sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux ketika baharu keluar dari Kem Kukusan, Tawau (menaiki motosikal)," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan