Rakyat Malaysia Diberi Visa Pelarian Selepas Ditahan Secara Salah di Perth

Diterbitkan: Sabtu, 20 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELBOURNE: Jabatan Imigresen Australia meluluskan visa pelarian kepada seorang rakyat Malaysia yang datang untuk bercuti selepas dia ditahan secara salah di lapangan terbang Perth dan direman lapan bulan berhubung pertuduhan palsu berkaitan pornografi dan imigresen.

Pemacu keras dan komputer usahawan muda IT itu mengandungi data pelanggan, bukannya pornografi, menurut akhbar 'The Australian'.

Pencari suaka rakyat Malaysia itu memberitahu Tribunal Kajian Semula Pelarian (RRT) bahawa penahanannya yang dibuat secara salah mengakibatkan dia gagal membayar semula pinjaman kepada Along, mengakibatkan samseng menyerbu rumahnya di George Town, Pulau Pinang, mengugut keluarganya dan menyerang bapanya.

Dia mendakwa peguam bantuan guaman pada mulanya menasihatinya supaya mengaku bersalah terhadap pertuduhan menyeludup bahan pornografi dan berniat untuk bekerja secara haram. Dia kemudian mengambil peguam lain, dan pertuduhan itu digugurkan kerana kekurangan bukti.

Rakyat Malaysia itu, yang namanya tidak boleh didedahkan, mendakwa dia hanya ingin bercuti dua minggu ketika tiba di Australia pada November 2011, dan tidak dapat dipastikan mengapa pihak berkuasa menjadikannya suspek. Akhbar itu berkata lelaki itu mendakwa pinjaman yang diperolehnya daripada peminjam wang haram, pada mulanya berjumlah RM70,000, melonjak sehingga RM164,500 setakat November tahun lepas.

"Bapa pemohon memberitahunya bahawa 'peminjam wang haram' menghantar seseorang ke rumah pemohon sebanyak dua kali dan mengugut bapanya.

"Bapanya ditendang dan dipukul. Mereka memberitahunya jika dia tidak menyerahkan anak lelakinya itu, seluruh keluarga mereka akan dibunuh," kata anggota kanan RRT Shahyar Roushan dalam keputusannya.

Sungguhpun permohonan suaka tidak menjadi kewajiban Australia mengikut Konvensyen Orang Pelarian 1951 yang melindungi mereka daripada penganiayaan atas dasar bangsa, agama, kewarganegaraan, kumpulan sosial atau fahaman politik, lelaki itu diberikan 'perlindungan pelengkap' kerana dia akan berdepan 'risiko sebenar' yang 'jelas membahayakan' jika dihantar pulang, kata tribunal itu.

"Laporan menunjukkan Along sedia bertindak ganas, termasuk menyerang, menyebabkan kecederaan, mengakibatkan kerosakan teruk harta benda, mengurung dan melakukan serangan untuk memaksa tuntutan mereka dipenuhi," katanya.

"Tribunal mendapati terdapat kemungkinan besar nyawa pemohon akan terancam sekiranya dia pulang ke Malaysia," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan