SMS Palsu: MIC Lembah Pantai Buat Laporan Polis

Diterbitkan: Khamis, 18 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Bahagian MIC Lembah Pantai Wilayah Persekutuan Datuk R. Narayanan malam Khamis membuat laporan polis di Balai Polis Pantai di sini berhubung penyebaran khidmat pesanan ringkas (SMS) palsu yang mengatakan kira-kira 1,000 anggotanya akan meninggalkan parti itu.

Beliau berkata SMS yang dihantar kepada 40 anggota MIC itu jelas berniat jahat dan sengaja ditimbulkan bagi mewujudkan kekacauan menjelang hari penamaan calon pilihan raya umum ke-13, Sabtu ini.

"Sebaik sahaja saya menerima pesanan SMS dari seorang anggota MIC, saya terus menghubungi 42 cawangan MIC Lembah Pantai untuk memastikan perkara itu. "Mereka memberitahu ia khabar angin yang berniat jahat...malah bekas Presiden MIC Datuk Seri S.Samy Vellu sendiri menghubungi saya bertanyakan perkara berkenaan," katanya ketika ditemui di Balai Polis Pantai malam Khamis. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan