APMM Patahkan Cubaan Seludup 4,000 Liter Diesel

Diterbitkan: Khamis, 18 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PASIR PUTEH: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan menahan 10 warga Vietnam di dalam sebuah bot yang disyaki cuba menyeludup 4,000 liter minyak diesel dianggarkan bernilai RM72,000 kira-kira satu batu nautika dari Pantai Tok Bali pada Rabu.

Ketua Operasi APMM yang berpangkalan di Tok Bali, Wan Burhanuddin Jusoh berkata tujuh daripada mereka ditahan pada 12.50 tengah hari.

"Tiga yang lain bersembunyi di bawah timbunan pukat, bawang dan beras selama 12 jam sebelum ditemui," katanya kepada pemberita di Pejabat APMM Tok Bali di sini Khamis.

Wan Burhanuddin berkata diesel berkenaan dipercayai untuk diseludup ke Vietnam kerana harganya yang lebih tinggi di negara itu.

"Kami percaya kes itu didalangi rakyat tempatan yang mahu mencari keuntungan mudah," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata APMM Kelantan baru-baru ini menahan sebuah bot nelayan tempatan yang didaftarkan di sebuah negeri di pantai barat Semenanjung, kerana menangkap ikan 67.6 batu nautika dari Pantai Tok Bali.

Ketika ditahan, enam nelayan warga Thailand termasuk tekong berumur antara 33 dan 54 tahun berada di atas bot itu. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan