Waran Tangkap Terhadap Peniaga Dalam Kes Rosakkan Bendera

Diterbitkan: Rabu, 17 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Mahkamah Majistret di sini, Rabu telah mengeluarkan waran tangkap terhadap seorang peniaga kerana gagal hadir bagi menghadapi pertuduhan merosakkan bendera Barisan Nasional (BN) yang dipasang di Taman Seri Muda, Seksyen 25 di sini, minggu lepas.

Majistret Nurul Syahida Zainal membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Aqeeb Lizalman Nordin Zamery supaya waran tangkap dikeluarkan ke atas R. Chandran, 47, dari Taman Seri Muda, kerana gagal hadir di mahkamah.

Chandran bakal dikenakan pertuduhan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan, yang jika sabit kesalahan boleh hukum dipenjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Nurul Syahida menetapkan 16 Mei ini sebagai tarikh sebutan bagi mengetahui status waran tangkap dan seterusnya pertuduhan akan dibacakan terhadap peniaga itu jika beliau hadir. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan