Tiada Unsur Jenayah Dalam Kejadian Letupan Tong Sisa Bahan Kimia - Berita Jenayah | mStar

Tiada Unsur Jenayah Dalam Kejadian Letupan Tong Sisa Bahan Kimia

Diterbitkan: Rabu, 17 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tiada sebarang unsur jenayah dikesan dalam kejadian kebakaran tong bahan sisa kimia di Sekolah Menengah Kebangsaan Datok Lokman, di Jalan Kampung Pandan di sini pagi Rabu.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Mohan Singh Tara Singh dalam kenyataan mengesahkan demikian.

Bagaimanapun, beliau berkata polis akan menyiasat kes tersebut mengikut Seksyen 285 Kanun Keseksaan (Kelakuan cuai berkenaan dengan api atau benda yang mudah terbakar).

Dalam kejadian kira-kira 11.30 pagi itu seramai 19 orang pelajar dan dua guru sekolah tersebut mengalami sesak nafas dan muntah akibat terhidu asap beracun ekoran kebakaran tong bahan sisa kimia.

Kejadian itu berlaku ketika proses pemindahan lapan buah tong berisi 229 jenis sisa bahan kimia ke dalam sebuah lori khas untuk dibawa ke loji pelupusan di Bukit Nanas, Negeri Sembilan berhampiran makmal sekolah itu. -BERNAMA

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan