PRU-13: Polis Terima Tujuh Laporan Khianat di N.Sembilan

Diterbitkan: Rabu, 17 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Polis sehingga kini menerima tujuh laporan berhubung perbuatan khianat yang dilakukan terhadap poster dan bendera pelbagai parti politik di negeri ini menjelang pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Jurucakap media bagi PRU13 dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPPK) negeri Superintenden Muhamad Hanifah Abdul Malek berkata antara perbuatan khianat itu adalah membakar dan mengoyak bendera serta melempar cat ke atas poster parti politik.

"Sejak 9 April lepas, ada tujuh laporan kes khianat diterima polis dan antara kawasan yang terlibat ialah Kuala Pilah, Jelebu, Port Dickson dan Nilai. "Bagaimanapun, setakat ini, belum ada tangkapan dan polis sedang melakukan pemantauan di semua kawasan," katanya pada sidang akhbar di IPPK pada Rabu.

Beliau berkata mereka yang ditangkap melakukan perbuatan itu boleh didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Muhamad Hanifah berkata semua penyelia atau ketua jentera parti politik pada PRU kali ini diminta memantau pergerakan anggota mereka agar tiada yang terlibat dalam perbuatan khianat itu.

"Anggota jentera parti politik juga dinasihat untuk menjaga keselamatan diri masing-masing agar tidak membahayakan diri ketika melakukan pemasangan bendera dan poster parti mereka," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan