Polis Gesa Pemilik Senjata Buatan Sendiri Senjata Atau Ditahan

Diterbitkan: Rabu, 17 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MIRI: Polis memberi amaran kepada pemilik senjata buatan sendiri untuk menyerahkannya sebelum mereka ditahan atas kesalahan memiliki senjata, mengikut Akta Senjata Api 1971.

Ketua Polis Miri ACP Mun Kock Keong berkata berdasarkan maklumat yang diterima, terdapat banyak senjata buatan tangan di sekitar kawasan Bekenu dan Batu Niah.

"Mereka yang memiliki senjata buatan tangan boleh menghadapi hukuman penjara sehingga 14 tahun mengikut akta itu. Jadi lebih baik pemilik menyerahkan sebelum kita buat tangkapan. Kami amat serius mengenai isu ini," katanya.

Menurutnya, setakat ini polis telah menahan seorang suspek lelaki berusia 41 tahun kerana memiliki empat senapang buatan sendiri pada 11 April lalu dan suspek kini dibebaskan dengan jaminan polis.

Dalam perkembangan lain, beliau mengesahkan video kejadian buli yang direkodkan dan dimuat naik melalui YouTube berlaku di sebuah sekolah menengah di sini pada 20 Mac lepas. Bagaimanapun, katanya mangsa yang merupakan seorang pelajar tingkatan lima tidak pernah membuat laporan polis walaupun telah dibawa ke balai polis selepas kejadian itu.

"Kami difahamkan bahawa perkara itu telah selesai dan pihak sekolah telah mengambil tindakan disiplin terhadap mereka yang terlibat.

"Ia terpulang kepada mangsa sama ada mahu membuat laporan polis atau tidak," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan