Polis Buru Sembilan Suspek Kes Pecah Rumah di Sentul

Diterbitkan: Rabu, 17 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis memburu sembilan lelaki tempatan yang dipercayai terlibat dalam beberapa kes pecah rumah di sekitar kawasan Sentul sejak beberapa tahun lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata kesemua suspek yang berusia antara 30 dan 50 tahun itu bergiat aktif dalam beberapa kes pecah rumah secara berasingan di daerah Sentul.

Mereka yang diburu itu ialah Ngo Kee Cheng, 37, Abdul Karim Abdullah, 41, Tan Chin Keong, 30, Syed Iskandar Syed Abd Aziz, 33, Yee Chin Hing, 34, Karunaratana Wickramasena, 39, Heng Mon Cheen, 33, Chia Kok Choon, 34 dan Chen Then Eng, 50.

Kesemua suspek itu juga mempunyai rekod jenayah lampau termasuk rompak, samun, curi dan pecah rumah, katanya pada sidang berita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL).

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek supaya menghubungi IPKKL di 03-21460613 atau menghubungi balai polis berdekatan. -BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan