PIBG SMK Seberang Jaya Nafi Berlaku Kejadian Buli

Diterbitkan: Rabu, 17 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BUTTERWORTH: Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)Sekolah Menengah Kebangsaan Seberang Jaya di sini menafikan rakaman video mengenai kejadian buli yang tersebar luas di YouTube, berlaku di sekolah itu.

Yang Dipertuanya, Zainol Abidin Ismail berkata ia telah menjejaskan reputasi baik sekolah berkenaan dengan pihaknya menerima banyak pertanyaan dan e-mel mengenai kejadian tersebut.

"Di sini, saya mahu jelaskan bahawa kejadian buli terbabit bukannya berlaku di sekolah ini dan meminta orang ramai, bekas pelajar atau waris pelajar tidak terkeliru dengannya.

"Kejadian berlaku di sekolah lain, yang juga sudah diambil tindakan oleh pihak pengurusannya dan Jabatan Pelajaran Negeri. "Oleh itu kami minta nama sekolah kami tidak dikaitkan lagi selepas ini," katanya pada sidang akhbar di sini, Rabu.

Zainol Abidin turut meminta pihak media membetulkan kekeliruan yang berlaku.

Video berdurasi 1 minit 32 saat itu memaparkan seorang remaja yang memakai pakaian sekolah dibelasah sekumpulan remaja dalam sebuah kelas pada 4 Mac lepas. -BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan