Pemilik Syarikat Grafik Disamun Di Persimpangan Lampu Isyarat Bandar Sg Long

Diterbitkan: Rabu, 17 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KAJANG: Seorang pemilik syarikat senireka grafik kerugian kira-kira RM1,000 apabila beg tangannya disamun ketika keretanya berhenti di persimpangan lampu isyarat di Bandar Sungai Long, Kajang pada Rabu.

H.Punithemalar, 49, berkata beliau terkejut apabila dua lelaki yang menunggang sebuah motosikal tiba-tiba memecahkan cermin keretanya di bahagian penumpang hadapan, sebelum merampas beg tangannya yang mengandungi wang tunai, kad ATM, kad kredit serta kad pengenalan.

"Ketika itu saya sedang melihat lampu isyarat apabila tiba-tiba seorang daripada mereka memecahkan cermin kereta saya lalu melarikan beg tangan saya.

Kedua-dua mereka memakai topi keledar bertutup penuh," katanya kepada Bernama selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang.

Punithemalar berkata ketika itu beliau dalam perjalanan ke pejabatnya di Bandar Sungai Long selepas menghadiri program penyampaian bantuan Beras 1Malaysia oleh calon Barisan Nasional kawasan Parlimen Hulu Langat, Adzhaliza Mohd Nor di Bandar Rinching, Semenyih.

Program itu anjuran Parti Barisan Kemajuan India Malaysia (IPF). -BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan